Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Thursday, May 10, 2012


Uumaakk!! Ngeri aku!!

Komer baca status Seligi Alpha ini, pasti komer akan ngeri,kecut perut. Kalau UMNO/BN terus memerintah Malaysia... mampoih kita!! Lingkup negara!! 



Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat ini iaitu pada paras 55%. Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.

Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi kadar hutang negara yang tinggi ketika ini.

Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya

Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Terkini semakan kami kepada laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia”. Antaranya ialah seperti:



Standards & Poors
Moody’s Investors Service

Kedua-dua agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa “RATINGS” bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada :

“Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”
Ini semuanya berpunca daripada HUTANG NEGARA yang terkini sudah mula mencecah kepada paras 54% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Tetapi, persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut diturunkan?

Sekiranya ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, antara implikasinya ialah :

Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk.

Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan “KECAIRAN” dalam SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga.

Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain.

Sebenarnya kenaikan tahap hutang negara boleh membawa kesan kepada dasar keseimbangan antara pengurusan hutang, dasar fiskal dan dasar monetari. Dengan hutang dalam negeri yang membentuk 96% daripada jumlah hutang negara ketika ini, kerajaan lebih mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).

Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).

Hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0% merupakan hutang luar negeri.

Tetapi….ada tetapinya, angka-angka di atas belum termausk lagi apa dinamakan sebagai perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’. Ini kerana kerajaan Malaysia ketika ini banyak menerbitkan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan. Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk (pinjaman luar jangka) dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap dianggap sebagai hutang kerajaan Pusat.

“Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama oleh orang awam seperti anda semua”

Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :

Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan.

Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan

Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah

Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh menjejaskan matlamat dasar monetari
Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan kenaikan kadar faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini ataupun boleh menyebabkan juga nilai matawang ringgit Malaysia mula menyusut.
Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal

Pelabur akan melihat samada kerajaan ada menunjukan inisiatif atau tidak untuk menangani hutang negara tersebut. Hutang tetap hutang. Jika pelabur melihat kerajaan Malaysia kurang menunjukkan insentif untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi semata-mata kerana mahu mengekalkan kadar yang rendah untuk membendung kos pinjaman, ini akan memburukkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.

Inilah antara implikasi yang perlu dibayar jika sesebuah negara mempunyai hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik

Berapa banyak hutang tiada masalah sebenarnya, tetapi komitmen untuk menguruskan sesuatu hutang itulah yang akan diperhatikan oleh oleh pelabur-pelabur daripada pada masa ke semasa.

Semua kita di sini, semuanya mahu yang terbaik jika dilihat dasar kerajaan agak tergelincir, kita mesti menegurnya walaupun kadang-kadang ia pahit untuk ditelan. Tetapi jika kerajaan membuat tranformasi yang benar-benar radikal bukan setakat kosmetik semata, kesannya bukan setakat kepada perkembangan ekonomi yang bertambah baik malahan “keyakinan rakyat” juga akan turut bertambah?!!

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails