Sunday, May 27, 2012
SALAHKAH BAWA KANAK-KANAK MENDENGAR CERAMAH?
Dua berita tidak gembira menarik hati Yong sepanjang minggu ni. Pertama mengenai seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang mengikut ayahnya mendengar ceramah DSAI tercedera terkena batu dibaling oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab. Kedua, tentang 500 artis yang dipanggil untuk menghibur himpunan 1juta belia di Putrajaya.
SUMBER PASPB2
Pada awal reformasi Yong bawa 2 orang anak Andak mendengar ceramah pro-reformasi. Mesti si katak Ezam, Hanafiah, Lokman Adam dan lain-lain perasan ada kanak-kanak yang hadir ceramah mereka di Perak kerana Yong sentiasa duduk dekat pentas. Anak-anak Andak mahu duduk depan. Yong terpaksa ikut je, sebab kena jaga budak-budak tu. Bila ada jeritan reformasi, takde siapa suruh. Budak-budak tu bersemangat!
Sekarang, kedua budak sudah dewasa. Kak Cik sudah jadi akauntan di sebuah syarikat antarabangsa di luar negara. Adik berada di tahun akhir kursus kejuruteraan universiti tempatan. Yong bangga kerana kedua anak saudara menjadi orang yang berjaya. Mereka tak jadi bohsia, artis dedah atau mat rempit. Ini kerana kami dalam keluarga mementingkan didikan yang berlandaskan Islam. Yong pernah cerita tentang pengaruh YB Nurul Izzah terhadap Kak Cik di sini.
Jangan kata kami tak kenang budi kerajaan BN ye. Kedua-kedua anak Andak tak guna satu sen pun duit PTPTN! Keluarga Andak bukan billionaire macam anak mantan PM Malaysia, tapi mereka tak suka berhutang!
Yong minta pada ibu bapa yang anaknya tercedera, bersabarlah! Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Lihatlah himpunan sejuta belia di Putrajaya, tiada siapa yang baling batu. Tiada siapa yang maki hamun dalam ceramah. Tapi kemalangan berlaku dan ada yang cedera. Yong hanya mampu simpati kepada yang cedera. Di harap cepat sembuh. Percayalah, wassatiyah, infaq dan jihad cuma retorik UMNO sahaja. BN hanya mahu belia khayal dengan hiburan ala-ala porno!
Bagi yang asyik giler hiburan, insaflah. Baik komer pergi ke ceramah ustaz Azhar Idrus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment