Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Thursday, May 3, 2012


KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR KILAT BUKAN URUSAN KAMU DATUK BANDAR?


SIAPA NAK TANGGUNG KERUGIAN INI? (GAMBAR DARI KL POS)
Ya betul. KL sentiasa dilanda banjir kilat apabila hujan lebat. Tetapi sudah beberapa minggu lembah Kelang dilanda panas terik, sesuai dengan berakhirnya musim tengkujuh dan bermula musim panas di negara tropika.

Tiba-tiba seluruh Lembah Kelang dilanda hujan lebat dan beberapa kawasan dilanda banjir. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata, banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter. Sehingga pagi ini tiada laporan terperinci tentang banjir ini dan gambar dari akhbar pencacai dalam edisi online mereka. Cuma petikan dari BERNAMA sahaja.

Datuk bandar Kuala Lumpur, ketua pencacai ibukota, bukankah kerja jaga saliran di Kuala Lumpur ini kerja kamu? Dalam DBKL ada bahagian yang bernama Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran yang diketuai oleh seorang pegawai JUSA C. Ada beratus-ratus orang pekerja di bawahnya. Jadi Datuk Bandar tak boleh sorok kepala dalam lumpur, urusan banjir di KL adalah urusan kamu. Tapi disebabkan kamu sibuk jadi pencacai untuk merosakkan dan menganiaya usaha rakyat Malaysia mendapatkan sistem pilihanraya yang bersih, kamu lupa tanggungjawab hakiki kamu.

Ingat! Dalam Surah Al-Mukmin, ayat 40: Allah berfirman:

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia akan dibalas sebanding dengan kejahatan itu.

Allah sudah bayar ansuran cash kepada kamu. Ini hanya sebahagian kecil sahaja. Tidakkah kamu berasa malu kerana ketidakcekapan kamu?


http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/05/kuala-lumpur-dilanda-banjir-kilat-bukan.html

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails