Tuesday, July 31, 2012
Setiausaha Agung UMNO ni.. tak faham bahasa ke?
Walaupun Sabtu lalu, Datuk Seri Lajim Ukin telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort,Ibu Pejabat UMNO masih menghantar surat tunjuk sebab kepadanya, meminta beliau menjelaskan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pihak media.
Menurutnya "Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno"
Takkan Setiausaha Agung UMNO ni tak faham bahasa kot??
Dia faham sebenarnya.. samada surat tunjuk sebab dihantar atau tidak ianya tidak membawa sebarang makna kerana Lajim dah umum letak jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort.
Tujuan sebenarnya ialah apabila cukup tempoh 14 hari, Najib akan mengeluarkan kenyataan bahawa Lajim dipecat dari UMNO.
Mungkin Najib akan berkata macam ni.. "Berikutan kegagalan Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat dari UMNO maka dengan ini saya mengumumkan bahawa beliau dipecat dari UMNO".
"Ini membuktikan saya tidak akan bertolak ansur terhadap pemimpin biarpun ianya seorang Timbalan Menteri sekalipun, jika mereka melanggar Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 yang menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti, saya tidak akan teragak-agak memecatnya".
Rentetan dari pengumuman Najib itu.. media-media cetak tunggangan UMNO akan menjadikannya sebagai headline berita mereka dan tajuknya ialah "LAJIM DIPECAT" ataupun "NAJIB PECAT TIMBALAN MENTERI!"..
Jadi... kuranglah sikit kemaluan yang Najib tanggung kerana Timbalan Menterinya sendiri letak jawatan sebab janji tak ditepati..
Kemudiannya pula akan muncullah pemimpin-pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan mereka pula dan mereka sudah pasti akan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap tindakan Najib itu.
Mungkin mereka akan berkata.. "Tindakan Najib itu membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang tegas dan punya integriti"
Mungkin akan ada yang menambah "Ini juga adalah bukti UMNO/BN tak akan goyah dengan kehilangan seorang dua pemimpin yang kecewa dengan parti dan juga membuktikan UMNO/BN masih teguh"
Mungkin juga begini.. “Mereka ini sebenarnya jenis pemimpin tak sedar diri, tamak haloba dan apabila kepentingan peribadi tidak dipenuhi, pantas keluar parti dan ikut pembangkang.”
Seterusnya pula maka tiga hari tiga malam media tunggangan UMNO termasuk Blogger Upahan UMNO akan menyiarkan kisah kegagalan Lajim dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk memburukkan beliau..
Ha..ha..ha... segalanya mugkin.. bersamalah kita tunggu lagi 14 hari..
Ini laporan dari Media UMNO..
Tindakan Persenda Parti, Lajim Diberi Surat Tunjuk SebabKUALA LUMPUR, 30 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO berikutan pengumuman perletakan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 28 Julai lalu.Katanya, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan UMNO.“UMNO memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam UMNO,” katanya.Jelas beliau, Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti.“Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” tegas beliau.Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu di kediamannya di Likas Jaya.Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO serta ahli UMNO - UMNO Online
Wednesday, July 25, 2012
Fitnah Ulama Muda UMNO terhadap Ketua Pemuda PAS
Memalukan! Fitnah Ulama Muda UMNO terhadap Ketua Pemuda PAS dikantoikan.. |
"
Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.
Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.
Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.
Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.
Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."
Dibawah adalah Ustaz yang menyebarkan fitnah itu..
Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..
Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya..
Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."
Ini gambar sebenar...
Sila lihat di SINI
http://www.tranungkite.net
Tuesday, July 24, 2012
Perkara Ke-4 Resolusi SAMM Punyai Asas Kukuh dan Dapat Sokongan Awam Yang Besar
Email This
Salam Reformasi,
Semalam Resolusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diterbit dari Rapat Kebangsaan 02/2012 yang berlangsung pada 29-30Jun 2012 di P.Pinang telah dipetik dalam portal Malaysiakini. Namun apa yang dipetik hanyalah perkara ke-4 dalam Resolusi SAMM.
NGO pro-Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan "agen tempatan" yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.
"SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen seluruh negara," kata NGO itu.
Menurut kenyataan kumpulan itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai.
"Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.
Resolusi diperoleh hasil rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.
Oleh demikian, SAMM mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan semula kesemua resolusi yang dibangkitkan;
1. SAMM menuntut Pengerusi SPR Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz dan timbalannya iaitu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar agar segera meletakkan jawatan yang disandang dalam SPR, memandangkan adalah salah bagi penjawat utama SPR dilantik dari kalangan parti politik yang bertanding, sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan.
2. SAMM dengan keras menolak secara total 'pengundian awal' yang menggantikan undi pos pada PRU-13 kerana yakin ia penipuan terancang yang lebih parah dari undi pos. Bilangan pengundi awam yang dialihkan sebagai pengundi awal (nama baru pengundi pos) amat tinggi dan membimbangkan.
3. SAMM komited untuk memastikan PRU hanya berlaku selepas senarai pengundi SPR dibersihkan termasuklah kes 42 ribu nama pengundi yang tiada dalam rekod JPN dan, 170ribu pengundi yang termasuk katogeri satu alamat lebih dari seratus nama pengundi. PRU sebelum pembersihan senarai pemilih adalah satu usaha menipu dan mencabul demokrasi negara.
4. Membenarkan warga asing menentukan halatuju negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campurtangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakkan.
SAMM memberi amaran keras dan akan merancang tangkapan dan tindakan awam ke atas mana-mana warga asing serta agen tempatan yang membawanya jika didapati cuba untuk mengundi secara tidak sah. SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakkan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majority kawasan parlimen seluruh negara.
SAMM juga ingin menyatakan semua perkara yang berbangkit terutamanya perkara ke-4 mempunyai asas yang kukuh, bukan sekadar khabar angin. Ia termasuklah isu kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput dan juga isu kad pengenalan yang dikeluarkan sewenangnya tanpa rekod di dalam pangkalan data JPN tetapi mempunyai rekod di pangkalan data SPR.
Lihat gambar di bawah dan anda boleh usul periksa sendiri di laman SPR.
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
Sunday, July 22, 2012
identiti ramadhan di malaysia
Hari ini sabtu 21 julai 2012 rakyat beragama islam Malaysia akan merayakan bulan ramadhan al-mubarak tahun 1433 hijrah. Mereka merayakan sama ada sebagai ibadat atau sebagai adat.
SEBAHAGIAN rakyat melayu islam di sini akan menjadikan sebagai adat menyambut puasa yang hanya kerana bulan tersebut hadir sama ada suka atau tidak dan seronok membeli-belah juadah berbuka di bazaar yang banyak pilihan kueh –mueh, atau membeli belah pakaian dan keperluan hari raya terutama di hari-hari terakhir ramadhan di kompleks beli-belah.
Kedatangan ramadhan bagi mereka akan timbul dialog-dialog seperti ini “hari ini kita last makan siang “,esok dah puasa”. Mereka melupakan makan siang di berikan Allah , ada selama sebelas bulan.
SEBAHAGIAN rakyat islam Malaysia, menjadikan ramadhan bulan taubatyang ketika ini memenuhi ruang masjid bersolat 5 waktu dan terawih sebelah malam dan berzikir serta bermunajat,sedekah dan mengerjakan pelbagai keperluan ihya ramadhan. Mereka yang tua bongkok 90 ‘ aligment kaki danchasis badan sudah berubah, akan berusah datang melangkah ke masjid atau ke surau-surau. Alhamdullilah masih ada hidayah dari Allah.
Mereka ini tahu nikmat bulan ramadhan yang dianugerah Allah pahala ibadah berlipat kali ganda.Pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup.Ibadah sunat pahalanya bagaikan wajib.Sentiasa menunggu kedatangan Lailatulqadar yang dijanjikan nikmat figure tahunan pahala ibadah yang tidak mungkin tercapai oleh manusia biasa rakyat melayu Malaysia.
Golongan ini menjadikan mengisi ibadat dalam bulan puasa sebagai kemestian atau utama, tidak menjadikan beribadat dibulan ramadhan kerana mengisi masa lapang ,sementara menunggu berbuka atau bersahor.
Ada juga yang menguzurkan diri hanya sempat puasa seminggu atau dua minggu. Tanpa uzur diredai Allah,dengan berniat tidak meneruskan puasa .Mereka telah mengunjungi kedai-kedai makan waktu siang dengan masuk ke dalam kedai mengikut pintu rahsia demi mengisi perut semahunya.
Peniaga-peniaga jual makanan mengambil kesempatan menjual makanan bergerak ke dalam ladang-ladang, dengan menyediakan kemudahan mereka yang tidak berpuasa, nasi ,kueh dan minuman untuk dibungkus.Kesimpulannya amat mudah bagi mereka yang tidak berpuasa melayan nafsu makannya.Diladang-ladang FELDA, terlalu banyak berlaku seperti ini.
Kemudian mereka meneruskan tradisi semasa tidak puasa, dengan mengunjungi kedai-kedai nombor ekor membeli nombor ramalan 4 digit atau pelbagai judi nombor yang lain.Pagi-pagi mendapat akhbar yang memaparkan nombor nasib,sambil berbincang 5 atau 6 orang yang ada diantaranya menggelengkan kepala dan ketawa terbahak-bahak.Astaghfirullah menjadikan pagi itu tadarus akhbar beramai-ramai.
Kiranya ada kesulitan aktiviti yang dilakukan, akibat pegawai penguatkuasa atau malu di lihat orang islam lain, maka mereka akan menghubungi taukehekor haram Khidmat taukeh tersebut sampai ke rumah atau ke tempat janji temu yang dicadangkan. Astaghfirullah doakan mereka ini supaya sempat bertaubat.
Yang pasti kebiasaan di negara ini umat melayu islam kehadiran beribadat dalam bulan ramadhan ibarat mendaki bukit dan menurun lurah,awal meningkat ,akhir menurun.
Wednesday, July 11, 2012
Sudah Ada Darah Luruh Di Putrajaya
Lintasan Rasa
Kejadian amuk di pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya petang semalam menyebabkan berlaku kematian apabila polis tidak ada iktiar lain untuk menghalang si pengamuk melainkan menembaknya, merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di kompleks kerajaan Putrajaya. Kejadian berdarah itu seharusnya diambil iktibar oleh semua pihak dan perlu memastikan ia tidak akan berulang lagi.
Negara tidak memerlukan tindakan-tindakan agresif berani mati seperti itu. Kita semua kena waras dalam melakukan tindakan sehingga tidak mencatatkan sejarah malang buat negara dan bangsa. Dalam kejadian semalam tidak dapat disahkan siapa yang benar dan siapa terkhilaf? Sudah pasti ada pihak yang benar dan salah dalam kejadian itu. Sebabnya, kalau kedua-dua benar, ia tidak sampai senapang meletup dan darah tumpah di pintu masuk ke pejabat Perdana Menteri.
Cuma apa yang terus menyendap di dalam kepala saya sebaik membaca laporan mengenai kejadian itu, teringat kepada kata-kata dan ucapan Perdana Menteri Ha Najib Razak mengenai kesediaanya untuk mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir. Najib dalam satu kenyataan membalas tindakan dan usaha gigih pembangkang untuk merampas kuasa politik, menegaskan yang beliau (UBN) akan mempertahankan kekuasaan itu sehingga ke titisan darah terakhir. Satu kenyataan yang penuh emosi.
Ucapan Najib itu masih dalam konotasi politik. Tetapi dari sudut lain ia bersifat jenayah. Hal-hal atau unsur darah, tembak, bunuh dan sebagainya adalah unsur-unsur jenayah atau dikaitkan dengan perilaku jenayah. Apakah kata-kata Najib tempoh hari telah merangsang si pengamuk untuk bertindak demikian? Begitukah?
Makanya orang politik hendaklah menjaga mulut dan perasaan. Mereka perlu kawal kata-kata dan butir ucapan jangan sampai bersifat atau ada elemen jenayah kerana ia memberi reaksi kepada pihak lain. Perlu ingat yang menghidup manusia ini perasaan. Perasaan pula menguasai diri seseorang itu. Jika seseorang gagal mengawal perasaan maka berlakulah kejadian-kejadian yang di luar normal kehidupan seperti apa yang berlaku itu.
Mudah-mudahan di masa akan datang.. bermula hari ini, jangan ada sesiapa yang bermain dengan perasaan atau pun mengusik perasaan orang lain sewenang-wenangnya. Berpolitiklah dengan cermat dan waspada. Mungkin orang yang menyebut kata-kata jenayah tidak bermaksud sampai ke tahap seburuk itu dan ia hanya gurauan...atau ancaman, tetapi kena ingat orang yang mendengar dan menerimanya ada penilaian lain. Kata-kata yang tidak bijak itu boleh membenihkan dendam yang akhirnya berbuah kejahatan.
Atas peribadi saya menyeru kepada semua pihak hentikan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh perasaan di antara satu sama lain. Juga hendaklah perbuatan jahat yang sampai menganggu hak asasi seserorang dibatasi dan diawasi. Bertindak waras dan serdarhanalah dalam apa juga bidang kerana itu adalah sebaik-baik tindakan. Tindakan melampau membahayakan semua orang dan boleh membakar negara.
Bila berlaku tragedi ambuk di JPM dan ada kematian dan pemnbunuhan yang buruknya adalah negara kita juga. Kandati Tuhan boleh mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki kita diberi hak dan dituntutan mendoakan agar takdir itu tersisih jauh dan tidak berlaku. Perlu kita menyedari di mana kita (berdiri dan mengambil timbangrasa) di antara kuasa hamba dan kuasa Tuhan dalam konteks ini. [wm.kl.10:21 am 10/07/12]
credit: mso
Wednesday, July 4, 2012
Nisfu Syaaban
Malam esok adalah malam ke 15 Syaaban atau dikenali sebagai malam nisfu Syaaban.
Di kalangan masyarakat Islam, ramai yang menganggap malam tersebut merupakan satu malam yang sangat besar fadhilatnya. Mereka mengkhususkan malam tersebut dengan ibadah seperti solat beberapa rakaat, baca surah Ya Sin dan lain-lain dengan kepercayaan sesiapa yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan diampuni segala dosa.
Dari segi sejarahnya, al-Hafidz Ibn Rajab rahimahullah menulis di dalam kitabnya “Latoif al-Ma’arif”, “Dan malam nisfu Syaaban, at-Tabi’un dari kalangan ahli Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin ‘Aamir dan lain-lain membesarkannya dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan ibadah pada malam tersebut. Daripada merekalah orang ramai mengambil fadhilatnya dan membesarkannya. Sesungguhnya ada yang berkata bahawa mereka mengambil perkara itu daripada kesan-kesan israeliyyat. Apabila tersebar perkara ini daripada mereka di kalangan orang ramai, mereka berselisih pendapat. Sebahagian manusia menerima dan bersetuju dengan mereka dalam membesarkannya. Antara yang bersetuju adalah sekumpulan ahli ibadah penduduk Basrah dan lain-lain. Manakala sebahagian besar ulamak Hijaz mengingkarinya. Mereka, termasuk ‘Ato’, Ibn Abi Mulaikah, dinaqalkan oleh Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam daripada fuqaha’ ahli Madinah. Ini juga merupakan pendapat sahabat-sahabat Malik dan lain-lain. Mereka berkata: “Itu semua bid’ah.”
Ahli Syam yang bersetuju dengan perkara ini berlainan pendapat pula dari segi cara sambutannya.
Pertama: Ia disunatkan menyambutnya secara berjamaah di masjid-masjid. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin ‘Aamir dan lain-lain memakai pakaian yang paling elok pada malam itu, memakai wangian dan bercelak. Mereka qiam di masjid sepanjang malam. Perbuatan itu dipersetujui oleh Ishaq bin Rahuwaih. Dia berkata, qiam di masjid itu bukan bid’ah.
Kedua: Makruh berkumpul pada malam itu di masjid-masjid untuk solat, bercerita dan berdoa. Tetapi tidak makruh jika seseorang bersolat pada malam tersebut sendirian. Ini merupakan pendapat al-Auza’ei, Imam ahli Syam, juga merupakan seorang yang faqih lagi alim.”
Seterusnya beliau (Ibn Rajab) menambah, “tidak thabit tentang nisfu Syaaban daripada Nabi s.a.w. sedikitpun dan tidak juga daripada sahabat-sahabat baginda. Tetapi ia thabit daripada segolongan tabi’in dari kalangan fuqaha’ ahli Syam yang terkemuka.”
Antara dalil yang dipegang oleh mereka yang membesarkan malam nisfu Syaaban ialah: “Jika datang malam pertengahan di bulan Sya’ban, maka solatlah pada malamnya dan berpuasalah siang harinya.” Hadis dhaif riwayat Ibn Hibban daripada Ali r.a.
Selain itu terdapat Hadis palsu atau rekaan yang bermaksud “Wahai Ali, barang siapa yang melakukan solat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak 100 rakaat, ia membaca setiap rakaat Al fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali, pasti Allah memenuhi segala permintaannya…”
Imam an-Nawawi berkata di dalam kitab “Al-Majmuk”: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan Rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bidaah dan mungkar. Jangan terpedaya dengan apa yang disebut tentang keduanya di dalam kitab “Qut al-Qulub” dan “Ihya’ Ulum ad-Din” serta Hadis mengenai keduanya. Sesungguhnya semua itu batil. Jangan terpedaya dengan setengah imam yang keliru mengenainya, lalu mereka mengarang beberapa helai kertas yang menggalakkan keduanya. Semua itu adalah salah dan tidak betul.”
Jelas bahawa membesarkan malam nisfu Syaaban dengan solat khusus atau lain-lain dan mengkhususkan harinya dengan berpuasa merupakan sesuatu yang tidak thabit daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. Hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan malam tersebut, menurut ahli Hadis dan para alim ulamak adalah dhaif dan palsu.

Turki Kembali Ajarkan Al-Qur'an Setelah Satu Abad Dilarang
Pemerintah Turki akan kembali mengajarkan Al-Qur'an dan huruf Arab di sekolah-sekolah setelah satu abad sebelumnya dilarang. Hal itu terungkap dalam Simposium Internasional kelima bertema persatuan Islam yang berlangsung di Ankara, Senin (28/5).
Ali Kurt, ketua Yayasan Wakaf Hayrat sebagai pelaksana simposium mengatakan, kementerian pendidikan nasional Turki telah meminta pihaknya untuk menyiapkan konsep dan tenaga guru untuk pengajaran Al-Quran dan tulisan Arab Utsmani di sekolah-sekolah dan madrasah di seluruh Turki.
"Ini tugas berat yang kami tunggu-tunggu selama ini," kata Ali.
Ketua Umum DPP Persatuan Umat Islam (PUI) Nurhasan Zaidi menyatakan, pihaknya sangat mendukung upaya pengajaran Al-Qur'an tersebut. Anggota DPR faksi PKS itu menambahkan, Turki perlu menghapus undang-undang yang melarang pengajaran Al-Qur'an itu agar niat baik pemerintah memiliki payung hukum.
"Kami akan sampaikan usul ini ketika besok bertemu Parlemen Turki," kata Nurhasan yang akan bertemu parlemen Turki hari ini (29/5) bersama 24 utusan organisasi kemasyarakatan (ormas) Islam lainnya.
Menurut Nurhasan, pelarangan pengajaran Al-Qur'an dan bahasa Arab di sekolah-sekolah Turki selama seratus tahun telah membuat masyarakat Turki banyak yang tidak bisa membaca Al-Quran dan menulis Arab. Padahal, Turki pernah menjadi pusat peradaban Islam selama lima abad Khilafah Turki Usmani.
Sejak Mustafa Kemal Ataturk mendirikan Republik Turki setelah mengambil kekuasaan dari Kesultanan Turki Usmani pada tahun 1923 silam, segala hal yang berbau Arab dan Islam dihapuskan. Turki benar-benar didesain sebagai negara yang sangat sekuler. Selain melarang jilbab, Ataturk juga melarang pengajaran Al-Qur'an di sekolah dengan undang-undang. Ia juga mengganti tulisan Arab dengan tulisan latin.

Monday, July 2, 2012
La Roja: King of Europe
Juara EURO 2012 Sepanyol belasah Itali 4 - 0
Sepanyol mencipta sejarah dengan memenangi tiga gelaran utama berturut-turut termasuk kejuaraan Euro buat kali kedua.
Sepanyol mengatasi Itali 4-0 untuk mengekalkan gelaran Euro di Stadium Kiev, Ukraine sebentar tadi menerusi jaringan yang berkualiti dan menarik serta menghiburkan para penontotn di arena itu dan seluruh dunia.
Kemenangan ini juga bermakna kerana Sepanyol muncul juara Kejohanan Eropah buat kali ketiga. Pada 2010, Sepanyol muncul juara Piala Dunia.
Trofi disampaikan oleh Presiden Uefa, Michel Platini di Stadium Olimpik, Ukraine yang menghimpunkan 65,000 penonton. Ukraine dan Poland menganjurkan secara bersama edisi Euro kali ini.
Euro 2016 akan berlangsung di Perancis.
Kejayaan berpesta gol ini juga mengikis kritikan dan kecaman bahawa Sepanyol gagal menyajikan persembahan yang menghiburkan kali ini.
Itali dan Sepanyol telah pun bertemu pada perlawanan peringkat kumpulan, tetapi bilangan gol pada hari ini sesuatu di luar dugaan ketiga ramai meramalkan Itali akan mengatasi Sepanyol.
Bilangan gol itu juga dilihat sesuatu 'yang malang' apabila Itali bermain 10 orang selepas Thiago Motta terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dialaminya. Ketika itu Itali sudah pun membuat tiga pertukaran.
Itali menggantikan Chiellini dengan Balzaretti pada minit ke-21, Cassano (Di Natale, 46) dan Montolivo (Motta, 56).
Sepanyol juga menggunakan tiga pemain gantian iaitu Iniesta digantikan oleh Mata (87). Sebelum itu,. Fabregas digantikan oleh Torres (75) dan Silva (Pedrito, 59).
Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 dan disusuli jaringan Jordi Alba pada minit ke-41. Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi Juan Mata.
Sepanyol turun untuk mencipta nama sebagai negara yang memenangi tiga gelaran antarabangsa berprestij secara berturut-turut - Euro 2008 dan Piala Dunia 2010 serta Euro 2012.
Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan di samping memasang impian untuk mengulangi sejarah 1968.
Subscribe to:
Posts (Atom)