Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Sunday, July 22, 2012


identiti ramadhan di malaysia




Hari ini sabtu 21 julai 2012 rakyat beragama islam Malaysia akan merayakan bulan ramadhan al-mubarak tahun 1433 hijrah. Mereka merayakan sama ada sebagai ibadat atau sebagai adat.

SEBAHAGIAN rakyat melayu islam di sini akan menjadikan sebagai adat menyambut puasa yang hanya kerana bulan tersebut hadir sama ada suka atau tidak dan seronok membeli-belah juadah berbuka di bazaar  yang banyak pilihan kueh –mueh, atau membeli belah pakaian dan keperluan hari raya terutama di hari-hari terakhir ramadhan di kompleks beli-belah.

Kedatangan ramadhan bagi mereka akan timbul dialog-dialog seperti ini “hari ini kita last makan siang “,esok dah puasa”. Mereka melupakan makan siang di berikan Allah , ada selama sebelas bulan.

SEBAHAGIAN rakyat islam Malaysia, menjadikan ramadhan bulan taubatyang ketika ini memenuhi ruang masjid  bersolat 5 waktu dan terawih sebelah malam dan berzikir serta bermunajat,sedekah dan mengerjakan pelbagai keperluan ihya ramadhan. Mereka yang tua bongkok 90 ‘ aligment kaki danchasis badan sudah berubah, akan berusah datang melangkah ke masjid atau ke surau-surau. Alhamdullilah masih ada hidayah dari Allah.

Mereka ini tahu nikmat bulan ramadhan yang dianugerah Allah pahala ibadah berlipat kali ganda.Pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup.Ibadah sunat pahalanya bagaikan wajib.Sentiasa menunggu kedatangan Lailatulqadar yang dijanjikan nikmat figure tahunan pahala ibadah yang tidak mungkin tercapai oleh manusia biasa rakyat melayu Malaysia.

Golongan ini menjadikan mengisi ibadat dalam bulan puasa sebagai kemestian atau utama, tidak menjadikan beribadat dibulan ramadhan kerana mengisi masa lapang ,sementara menunggu berbuka atau bersahor.

Ada juga yang menguzurkan diri hanya sempat puasa seminggu atau dua minggu. Tanpa uzur diredai Allah,dengan berniat tidak meneruskan puasa .Mereka telah mengunjungi kedai-kedai makan waktu siang dengan  masuk ke dalam kedai mengikut pintu rahsia demi mengisi perut semahunya.

Peniaga-peniaga jual makanan mengambil kesempatan menjual makanan bergerak ke dalam ladang-ladang, dengan menyediakan kemudahan mereka yang tidak berpuasa, nasi ,kueh dan minuman untuk dibungkus.Kesimpulannya amat mudah bagi mereka yang tidak berpuasa melayan nafsu makannya.Diladang-ladang FELDA, terlalu banyak berlaku seperti ini.

Kemudian mereka meneruskan tradisi semasa tidak puasa, dengan mengunjungi kedai-kedai nombor ekor membeli nombor ramalan 4 digit atau pelbagai  judi nombor  yang lain.Pagi-pagi mendapat akhbar yang memaparkan nombor nasib,sambil  berbincang 5 atau 6 orang yang ada diantaranya menggelengkan kepala dan ketawa terbahak-bahak.Astaghfirullah menjadikan pagi itu tadarus akhbar beramai-ramai.

Kiranya ada kesulitan aktiviti yang dilakukan, akibat pegawai penguatkuasa atau malu di lihat orang islam lain, maka mereka  akan menghubungi taukehekor haram Khidmat taukeh tersebut sampai ke rumah atau ke tempat janji temu yang dicadangkan. Astaghfirullah doakan mereka ini supaya sempat bertaubat.

Yang pasti kebiasaan di negara ini umat melayu islam kehadiran  beribadat dalam bulan ramadhan ibarat mendaki bukit dan menurun lurah,awal meningkat ,akhir menurun.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails