Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, July 31, 2012

Setiausaha Agung UMNO ni.. tak faham bahasa ke?


 


Walaupun Sabtu lalu, Datuk Seri Lajim Ukin telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort,Ibu Pejabat UMNO masih menghantar surat tunjuk sebab kepadanya, meminta beliau menjelaskan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada pihak media.

Menurutnya "Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno"

Takkan  Setiausaha Agung UMNO ni tak faham bahasa kot??

Dia faham sebenarnya.. samada surat tunjuk sebab dihantar atau tidak ianya tidak membawa sebarang makna kerana Lajim dah umum letak jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort.

Tujuan sebenarnya ialah apabila cukup tempoh 14 hari, Najib akan mengeluarkan kenyataan bahawa Lajim dipecat dari UMNO.

Mungkin Najib akan berkata macam ni.. "Berikutan kegagalan  Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat dari UMNO maka dengan ini saya mengumumkan bahawa beliau dipecat dari UMNO".

"Ini membuktikan saya tidak akan bertolak ansur terhadap pemimpin biarpun ianya seorang Timbalan Menteri sekalipun, jika mereka melanggar Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 yang menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti, saya tidak akan teragak-agak memecatnya".

Rentetan dari pengumuman Najib itu.. media-media cetak tunggangan UMNO akan menjadikannya sebagai headline berita mereka dan tajuknya ialah "LAJIM DIPECAT" ataupun "NAJIB PECAT TIMBALAN MENTERI!"..

Jadi... kuranglah sikit kemaluan yang Najib tanggung kerana Timbalan Menterinya sendiri letak jawatan sebab janji tak ditepati..

Kemudiannya pula akan muncullah pemimpin-pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan mereka pula dan mereka sudah pasti akan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap tindakan Najib itu.

Mungkin mereka akan berkata.. "Tindakan Najib itu membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang tegas dan punya integriti"

Mungkin akan ada yang menambah "Ini juga adalah bukti UMNO/BN tak akan goyah dengan kehilangan seorang dua pemimpin yang kecewa dengan parti dan juga membuktikan UMNO/BN masih teguh"

Mungkin juga begini.. “Mereka ini sebenarnya jenis pemimpin tak sedar diri, tamak haloba dan apabila kepentingan peribadi tidak dipenuhi, pantas keluar parti dan ikut pembangkang.”

Seterusnya pula maka tiga hari tiga malam media tunggangan UMNO termasuk Blogger Upahan UMNO akan menyiarkan kisah kegagalan Lajim dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk memburukkan beliau..

Ha..ha..ha... segalanya mugkin.. bersamalah kita tunggu lagi 14 hari..

Ini laporan dari Media UMNO..

Tindakan Persenda Parti, Lajim Diberi Surat Tunjuk Sebab

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada UMNO berikutan pengumuman perletakan semua jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 28 Julai lalu.

Katanya, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan UMNO.

“UMNO memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam UMNO,” katanya.

Jelas beliau, Perlembagaan UMNO Fasal 20.8 telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti.

“Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” tegas beliau.

Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu di kediamannya di Likas Jaya.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli UMNO serta ahli UMNO - UMNO Online

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails