Perkara Ke-4 Resolusi SAMM Punyai Asas Kukuh dan Dapat Sokongan Awam Yang Besar
Salam Reformasi,
Semalam Resolusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diterbit dari Rapat Kebangsaan 02/2012 yang berlangsung pada 29-30Jun 2012 di P.Pinang telah dipetik dalam portal Malaysiakini. Namun apa yang dipetik hanyalah perkara ke-4 dalam Resolusi SAMM.
NGO pro-Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan "agen tempatan" yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.
"SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen seluruh negara," kata NGO itu.
Menurut kenyataan kumpulan itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai.
"Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.
Resolusi diperoleh hasil rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.
Oleh demikian, SAMM mengambil kesempatan ini untuk menyiarkan semula kesemua resolusi yang dibangkitkan;
1. SAMM menuntut Pengerusi SPR Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz dan timbalannya iaitu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar agar segera meletakkan jawatan yang disandang dalam SPR, memandangkan adalah salah bagi penjawat utama SPR dilantik dari kalangan parti politik yang bertanding, sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan.
2. SAMM dengan keras menolak secara total 'pengundian awal' yang menggantikan undi pos pada PRU-13 kerana yakin ia penipuan terancang yang lebih parah dari undi pos. Bilangan pengundi awam yang dialihkan sebagai pengundi awal (nama baru pengundi pos) amat tinggi dan membimbangkan.
3. SAMM komited untuk memastikan PRU hanya berlaku selepas senarai pengundi SPR dibersihkan termasuklah kes 42 ribu nama pengundi yang tiada dalam rekod JPN dan, 170ribu pengundi yang termasuk katogeri satu alamat lebih dari seratus nama pengundi. PRU sebelum pembersihan senarai pemilih adalah satu usaha menipu dan mencabul demokrasi negara.
4. Membenarkan warga asing menentukan halatuju negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campurtangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakkan.
SAMM memberi amaran keras dan akan merancang tangkapan dan tindakan awam ke atas mana-mana warga asing serta agen tempatan yang membawanya jika didapati cuba untuk mengundi secara tidak sah. SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakkan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majority kawasan parlimen seluruh negara.
SAMM juga ingin menyatakan semua perkara yang berbangkit terutamanya perkara ke-4 mempunyai asas yang kukuh, bukan sekadar khabar angin. Ia termasuklah isu kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput dan juga isu kad pengenalan yang dikeluarkan sewenangnya tanpa rekod di dalam pangkalan data JPN tetapi mempunyai rekod di pangkalan data SPR.
Lihat gambar di bawah dan anda boleh usul periksa sendiri di laman SPR.
Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment