Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Monday, May 31, 2010

Tekanan Punca Lelaki Botak....


lelaki botak
Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.

Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secaraberlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.
Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.

Thursday, May 27, 2010

KISAH BENAR: Darah masih mengalir akibat mati lemas

Mati syahid..(pelajar UMT dan gambar)




KISAH BENAR!!!(BUKTI GAMBAR DISERTAKAN..)

Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu
 panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di DaerahBeluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

ISU PENARIKAN BALIK DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI KELANTAN


ISU PENARIKAN BALIK DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI KELANTAN OLEH PEMANGKU RAJA KELANTAN, TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, 24 Mei 2010, kami di the Kelantan Insider ingin memaklumkan bahawa Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, sememangnya telah menarik balik darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran yang telah dikurniakan oleh ayahanda Baginda, Tuanku Ismail Petra, kepada 9 individu tertentu.

Individu-individu yang darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran membawa gelaran Dato’ mereka telah ditarik balik itu adalah seperti berikut:

Wednesday, May 26, 2010

Ingat Bahasa, Ingat Pak Samad, Ingat Singapura, Ingat Pak Samad



Semalam surat khabar Utusan Malaysia menyiarkan berita fasal perpindahan stesen KTM dari Tangjong Pagar Ke Woodland mulai 2011, fasal Malaysia-Singapura mencapai kata sepakat, fasal perjanjian air, dan sebagainya.

Berita Harian pula menyiarkan berita yang menggambarkan titik permulaan pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Singapura terutamanya berkaitan dengan isu tanah KTM. Surat khabar itu menggunakan tajuk "Sudah ada cahaya di hujung terowong".

Tuesday, May 25, 2010

MALAYSIA SETUJU SERAH TANAH KTMB DI SINGAPURA





APAKAH SEJARAH AKAN BERULANG SEPERTI PULAU BATU PUTIH DAN BLOK L&M LIMBANG.....?


Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La Hotel di Singapura.

Pada sidang akhbar bersama itu, kedua-dua pemimpin berkenaan berkata tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte Ltd yang akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini.

Syarikat itu melibatkan Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia yang akan memegang 60 peratus kepentingan, dan Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura, yang akan memegang baki 40 peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu.
Menurut satu kenyataan bersama, pertemuan Najib dan Lee banyak berkisar kepada Perkara-perkara Dipersetujui (PoA) mengenai tanah KTMB di Singapura yang menjadi penghalang kepada hubungan baik antara kedua-dua negara.

Monday, May 24, 2010

Samy Vellu patut berundur Presiden MIC

Samy Vellu patut berundur Presiden MIC kerana telah beberapa kali tersilap ungkapan dalam bahasa Malayu, memalukan tahap Menteri 1Malaysia.


1) On Pos Laju

“BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI”

2) The one on TV when in trying to say he was ashamed,
he said:`Kemaluan saya besar` (kemaluan means your private parts, lah! )

3) On drugs, “Jangan hisap dada” (dada means breasts)

4) SV said in a ceramah “Kita akan bina satu
jambatan untuk orong-orong kampong disini”, one pakcik
asked, “Datuk, sini takde sungai,buat apa bina
jambatan?” and SV glorious replied,”Kalau takde
sungai, kita bina sungai!”

5) SV’s favorite quote on national television “Toll
naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini
toll saya punya bapa punya kah!”

6) During the water shortage crisis : “semua orang
diminta jgn membuang aiyerr..!” (membuang air means to wee-wee, what he wanted to say was membazir air)

7) During blood donation campaign in Sg Siput:
“..marilah kita semua menderma dara..” (dara = virgin)

8 ) During the opening speech of various function:
“…selamat datang saudara-mara semua..” (actually is
“saudara-saudari”)

9) At an opening ceremony: “mempersilakan Datin Paduka
Rafidah Aziz naik ke pentas utk membuka kain” (this one is famous already)

10)Commenting about his modesty: “sebenarnya, kemaluan
saya sangat-sangat besar”

And lastly u know why our N-S Highway concessionaire
is named PLUS.

PLUS = Pungut Lebih Untuk SV

Sunday, May 23, 2010


A Diego Milito double was enough to see off Bayern and hand Inter the Champions League, ensuring that they claimed an historic treble. [+]

Thursday, May 20, 2010

Surat seorang guru Kelantan kepada Berita Harian



SABAN tahun pada tanggal 16 Mei adalah hari yang istimewa khusus kepada pendidik seluruh negara. Pada tanggal keramat inilah diisytiharkan sebagai Hari Guru peringkat nasional dalam usaha memperingati pengorbanan dan jasa guru mendidik anak bangsa. 

Pelbagai acara diatur pada peringkat kementerian, jabatan dan sekolah bagi merayakan Hari Guru ini. Bermula dengan pembacaan pelbagai perutusan hinggalah ke dendangan lagu Guru Malaysia yang sudah menjadi kemestian setiap kali perayaan Hari Guru. Lagu Guru Malaysia memang unik dan mempunyai tarikan tersendiri.

Wednesday, May 19, 2010

iPhone voted one of the world's best inventions


iPhone voted one of the world's best inventions


275x250.jpgThe Apple iPhone has been voted a more important invention than the combustion engine and space travel.

A study of 4,000 Brits also placed the iPhone ahead of things like the car, camera and flushing toilet in the list of 100 most important inventions.

While the wheel came top - followed by the aeroplane, the lightbulb and the worldwide web in fourth - the iPhone figured surprisingly high.

In fact, the Steve Jobs special came in as the eighth most important invention in the world, just behind computers, the telephone and Penicillin.

At least it didn't come above Penicillin, because as far as we know there's not yet an app for curing diseases… though some iPhone users like to think otherwise.

TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Tuesday, May 18, 2010

Bagaimana Nak Ceritakan Kebesaran Allah pada Anak?




Ada satu ketika dahulu, saya sendiri pernah mengalami kesukaran untuk menceritakan kebesaran Allah pada anak. Entah kenapa, kalau orang minta ceritakan tentang bisnes, laju sahaja mulut ini berkata-kata. Tapi, bila tiba disuruh bercerita tentang kebesaran Allah, bicara saya mula gagap dan terangkak-rangkak..macam kura-kura.
Apabila tersedar tentang perkara ini, saya mula mengesan bahawa, hal ini terjadi kerana setiap hari saya asyik sebut tentang bisnes, orang dan dunia. Sampaikan dunia telah mula menguasai hati saya. Lebih malang lagi, sampaikan saya tidak dapat menyebut tentang kebesaran pencipta dunia ini. Astaghfirullahal azim! Rasa malu yg teramat sangat pada Allah. Semoga Dia ampunkan saya.
Sedikit demi sedikit saya mulakan latihan. Setiap kali bercerita tentang dunia, saya akan selitkan cerita tentang kebesaran Allah. Sedikit pun jadi lah…

Monday, May 17, 2010

Keputusan PRK P212 Sibu, Sarawak


DAP Rampas Kembali Sibu, Bayangan Benci Taib

Berita
Sumber HarakahDaily
SIBU, 16 Mei: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, hari ini..Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit.


Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 37,919 atau 69.33 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar mengundi di 45 pusat pengundian.

Bilangan itu meningkat jika dibandingkan dengan 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri,Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.
Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.
Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.
“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani.

Sunday, May 16, 2010

Mufti Cari Makan...


PAS Desak Dasuki Ahmad Dan Harussani Zakaria Letak Jawatan

Lajnah Pekerja & Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap cuai, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB), Dato’ Dasuki Ahmad dan Penasihat Syariah ARB, Tan Sri (Dr) Harussani Zakaria yang juga Mufti Kerajaan Perak sehingga menyebabkan ARB terbabit dengan pelaburan dalam syarikat judi terbesar, Magnum Corporation.


Selain Dasuki yang tersohor sebagai ulama Umno, Harussani juga amat dikenali dalam bidang agama, dan dilihat sebagai orang yang berilmu, sekalipun banyak kenyataannya dipersoalkan khususnya dalam isu-isu politik kerana menyebelahi Umno.
Atas rasa integriti, PAS mendesak agar kedua-dua mereka meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Syariah kerana gagal memikul tanggungjawab, sebaliknya mengkhianati amanah yang diberikan bagi memulihara, mengawasi dan memantau perjalanan ARB dari terjebak dengan aktiviti dan pelaburan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.

PAS memandang serius pembabitan ARB dalam pelaburan judi, dengan mengambil kira Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Ma'idah ayat 90 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan tenung nasib dengan anak-anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya."
ARB yang menjalankan tugas memegang amanah rakyat seharusnya bebas dan bersih daripada sebarang label dalam syarikat perjudian sekalipun penyertaan ARB dalam pelaburan judi untuk mendapatklan keuntungan jangka pendek dan segera.
PAS sangat kecewa kerana individu yang dipertanggungjawabkan menjaga ARB terdiri dari orang berilmu agama, dihormati dan berpengaruh, gagal menyelia syarikat ini dan ini sekaligus menanam persepsi buruk orang ramai terhadap orang alim atau ulama yang bijak memperkatakan hukum hakam tetapi tidak praktikal.
Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh agama ini mestilah meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap pembabitan ARB melabur dalam syarikat judi.

TARMIZI MOHD JAM
Setiausaha Lajnah (Biro) Pekerja dan Sumber Daya Rakyat PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, May 13, 2010

Mei: Bulan Tragedi buat Malaysia.



Bulan Mei adalah antara bulan yang paling banyak dirayakan sesuatu peristiwa di Malaysia. Antaranya Hari Buruh, Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Jururawat. Bulan Mei tahun ini juga adalah hari yang paling malang dan celaka buat warga Malaysia. Berita kelulusan dua acara maksiat diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Iaitu judi bolasepak Piala Dunia dan Konsert 12 jam tanpa henti.


Kelulusan judi boleh diluluskan oleh PM Najib selaku Menteri Kewangan. Manakala konsert 12 jam oleh kumpulan yang mempopularkan gaya seks bebas, lucah dan penghisapan ganja diluluskan oleh Rais Yatim selaku Menteri yang jaga kebudayaan dan kesenian.
Untuk makluman, Najib dan Rais adalah ahli UMNO yang berugama Islam.
Yang peliknya, yang menentang kelulusan judi ini adalah ahli Parlimen dari DAP. Satu parti yang amat dibenci oleh orang UMNO kerana kononnya parti Cina perkauman.
Satu lagi malapetaka dan kecelakaan buat Malaysia ialah perhimpunan 13 Mei oleh GERTAK di Kuala Terengganu. Sekonyong-konyong Mahathir pula untuk rasmikan majlis "menghidupkan kembali bara api" perkauman ciptaan UMNO.
Majlis perkauman kali kedua, Mahathir memberi ucaputama selepas Majlis PERKASA. Mahathir kini sudah membuang baju "negarawan" ke tong sampah dan kini memakai semula bajunya "Ultra Melayu" yang pernah dipakainya sebelum jadi PM.

Wednesday, May 12, 2010

Tip Asas Melangsaikan Hutang Kad Kredit




Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit.

1. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% - 21% setahun.

2. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dari Tarikh Penyata Bil Bulanan

3. Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan)

4. Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulanan untuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)

5. Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit.

6. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia (Laporan CCRIS)



Beberapa petua yang selalu diingatkan oleh para pakar kewangan ialah :

    Ingat, kad kredit bukan wang percumaHanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilanCajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan andaCarilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan andaMasih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!

David Cameron bakal Perdana Menteri baru Britain

Beginilah resam pemerintahan di negara maju seperti Britain. Proses pertukaran kerajaan berlangsung dengan aman dan lancar kerana demokrasi berjalan dengan baik. Peralihan pemerintahan parti yang kalah dengan parti yang menang tiada masalah besar kerana semua pihak mengikut undang-undang yang tertulis.
Bagaimana dengan negara 1Malaysia.

Gordon Brown letak jawatan, David Cameron bakal Perdana Menteri baru Britain
LONDON: Gordon Brown mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain sebentar tadi dan tempatnya bakal digantikan pemimpin Parti Konservatif, David Cameron, sekali gus menamatkan pentadbiran selama 13 tahun Parti Buruh di Britain.


Ini berikutan kejayaan Parti Konservatif memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya parlimen minggu lalu tetapi tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.
Parti kedua memenangi kerusi terbanyak ialah Parti Buruh, manakala ketiga Parti Liberal Demokrat.
Masing-masing Parti Konservatif dan Parti Buruh terpaksa mendapatkan kerjasama daripada Liberal Demokrat untuk bergabung bagi membentuk kerajaan yang menyaksikan kedua-duanya berbincang sehingga berlarutan selama lima hari lalu.

Akhirnya, Parti Buruh terpaksa menerima kekalahan petang semalam dan ini menyaksikan Brown terpaksa meletakkan jawatan.

"Saya sudah memaklumkan kepada Setiausaha Sulit kepada Permaisuri mengenai hasrat saya untuk menghantar surat peletakan jawatan saya kepada baginda," kata Brown kepada pemberita di luar pejabatnnya di Downing Street dengan diiringi isterinya, Sarah.

"Apabila Permaisuri menerima peletakan jawatan saya, saya akan menasihatkan baginda untuk melantik pembangkang (Cameron) menerajui kerajaan yang baru.
"Saya berharap Perdana Menteri yang baru nanti akan membuat pilihan dan pemerintahan yang terbaik untuk masa depan kita," katanya dalam nada sebak.


- Reuters

Tuesday, May 11, 2010

Hancurnya Umat Kerana Rosaknya Ulama


"Ulama adalah orang yang memang dihormati sama ada oleh orang awam mahupun pemerintah ataupun penguasa. Penghormatan para alim ulama ini bukanlah pada keturunannya, bukanlah pada pangkatnya tetapi mereka dihormati kerana ilmunya. Semakin alim seseorang itu, semakin dihormati mereka itu.

Benarlah kalam Allah yang bermaksud, “ Allah mengangkat darjat orang yang berilmu itu beberapa darjat”. Dengan penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah ini, membolehkan mereka menjadi wasilah untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran islam yang syumul sebagaimana yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Monday, May 10, 2010

Chelshit won 2009/10 Premier League Title

Kepada peminat Syaitan Merah (Red Devil), boleh tunggu next season. Though, I'm not the suppporters of the both team, I wish to Congratulate Chelsea for topping ManU as a EPL Champions 2009/10.
My team will bounch back significantly next season.
You Will Never Walk Alone.....




Chelsea have won the Premier League title after demolishing Wigan 8-0 at Stamford Bridge, while Man Utd won 4-0 against Stoke. [+]



Sunday, May 9, 2010

Aplikasi iPhone untuk mebunuh Taliban


Saturday, May 8, 2010

Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram

Sumber TvSelangor


Berita
SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.
Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.
Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.
Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.
"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya.




Thursday, May 6, 2010

18 PenyelewenganTerkini Kes Anwar Ibrahim


Susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan tuduhan terhadap DSAI pada 4 Mei 2010, berikut disertakan skrip-skrip pincang lakonan dajal-dajal kecil.

Berita
SKRIP yang ditulis untuk mendakwa Anwar Ibrahim di mahkamah penuh dengan kepincangan. Di masa hadapan, apabila UMNO tumbang kelak, jangan terkejut sekiranya kisah ini dijadikan drama bersiri untuk tatapan generasi akan datang. Penulis selaku seorang peguam mendapati wujud tidak kurang 20 penyelewengan besar di sepanjang perjalanan kes pendakwaan terhadap Anwar ini. Sekiranya anda berhujah dengan ahli UMNO-Apco berhubung Anwar, insya-Allah anda tidak akan kurang modal selepas membacanya:


1. Laporan/Report Polis Saiful dirahsiakan
SUPAYA adil, kita bermula dari awal. Apabila media UMNO mula memainkan isu dakwaan liwat ke atas Anwar ini, Anwar dan peguam segera meminta salinan report polis yang dibuat oleh Saiful untuk pebelaan.
Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas.
Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.
Kenyataan terdahulu Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan (ketika itu )secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.
Alasan yang lebih tepat ialah skrip masih belum siap ketika itu. Jangan lupa bahawa pihak pendakwaan telah menukar-nukar tarikh tuduhan liwat ke atas Anwar sebanyak 3 kali dalam pertuduhan dulu tapi semua gagal. Pada salahsatu tarikh pertuduhan, banglo yang kononnnya digunakan Anwar untuk meliwat MASIH BELUM SIAP DIBINA!

Nampaknya kali ini, UMNO cuba berhati-hati dengan memastikan skrip pendakwaan lebih teratur.

Wednesday, May 5, 2010

Kampung Tua 700 tahun di Iran

Alangkah menariknya pemandangan dan suasana perkampungan tradisi Iran yang berjaya dipertahankan selama 700 tahun. Sekiranya diuruskan dengan betul ia boleh menjadi produk pelancongan utama. 'Homestay', adakah anda ingin menikmatinya.
Adakah disebabkan suasana inilah juga Osama bin Laden tidak berjaya dikesan dan ditemui oleh kembarnya Obama. Pandai juga ya, Osama berteka-teki yang belum dijawab dunia.


Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails