Suatu hari, diadakan pertandingan yang sangat menarik, iaitu pertandingan beruk memanjat pokok kelapa dan memetik buah kelapa.
Beruk-beruk bersama tuannya datang ke sebuah pulau untuk menyertai pertandingan yang menarik itu. Hadiah untuk pertandinngan itu cukup lumayan.
Kemenangan dikira dari cara beruk-beruk itu memetik kelapa. hayanya beruk yang berjaya memetik kelapa dengan sempurna akan diisytiharkan sebagai juara.
Pertandingan dimulakan dengan beruk dari Malaysia terlebih dahulu. Wisel ditiup dan dengan pantas beruk dari Malaysia itu memanjat pokok kelapa. dengan tangkas juga beruk Malaysia memulas dan menjatuhkan kepala. Dan dengan cepat juga beruk itu turun selepas selasai tugasan.
Beruk seterusnya dari Hawaii. Cara memanjatnya perlahan, cara memetik kelapanya juga perlahan. Tidak banyak buah kelapa yang dipetik. Masa selebihnya digunakan oleh beruk itu untuk menyandar di pelepah kelapa.
Begitulah seterusnya. Setiap beruk yang memanjat pokok kelapa ada cara dan karenahnya tersendiri.
Akhir sekali, tibalah giliran beruk dari Jepun. Beruk itu memanjat dengan pantas, tetapi di satu peringkat, beruk itu berhenti. Ia seperti mempelajari sesuatu. Kemudian, ia memanjat semula, berhenti dan mempelajari lagi. Begitulah, akhirnya ia sampai diatas pokok kelapa. Beruk itu hanya memetik kelapa tua sahaja. Begitu teliti sekali beruk itu memetik kelapa. Sesudah selesai memetik kelapa, barulah beruk itu turun.
Saat keputusan diumumkan.
Kemenangan berpihak kepada Beruk dari Jepun!!!. Ianya berdasarkan kepada kesempurnaan memetiik kelapa. Beruk dari Malaysia? Kalah? Mengapa. Kerana semua jenis kelpa dipetiknya termasuk kelapa muda dan kelapa separuh tua....
Apa Pengajaran Yang diperolehi?
Moral: Selalunya, yang cepat sangat naik akan cepat jatih. Banyak keburukan yang terjadi kerana tergesa-gesa dan kerana nak cepat.
Memang tabiat semulajadi manusia 'nak cepat'. Nak cepat berjaya, nak cepat kaya, nak cepat untung dan sebagainya.Tapi apa yang anda saksikan, selalunya jika seseorang itu memperolehi kejayaan dalam masa yang singkat, cepat, kejayaan itu selalunya adalah kejayaaan yang rapuh.
Ini tentunya berbeza dengan kejayaan yang dibina dari bawah, sedikit demi sedikit, sambil membina kejayaan sambil menguatkan asasnya. Sama seperti membina bangunan yang tinggi. Asasnya dalam dibenamkam kebumi, kemudian bangunan itu dibina setingkat demi setingkat, bukan sekali gus.
Cara yang diamalkan oleh Jepun amat berkesan. Mereka tidak terus meluru kepuncak tetapi meningkat secara setapak demi setapak. Bukan tiba-tiba sahaja syarikat gergasi seperti Matshuhita, Honda, Sony dan lain-lainya menjadi gergasi dan industri masing-masing. Mereka sentiasa belajar. Bila berada di satu peringkat, mereka mempelajari tingkat yang teah dilalui dan tingkat yang akan dilalui. Mereka membina asas yang kukuh sambil membina kejayaan. Kejayaan mereka akhirnya mempunyai asas yang kukuh.
No comments:
Post a Comment