Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Wednesday, May 12, 2010

David Cameron bakal Perdana Menteri baru Britain

Beginilah resam pemerintahan di negara maju seperti Britain. Proses pertukaran kerajaan berlangsung dengan aman dan lancar kerana demokrasi berjalan dengan baik. Peralihan pemerintahan parti yang kalah dengan parti yang menang tiada masalah besar kerana semua pihak mengikut undang-undang yang tertulis.
Bagaimana dengan negara 1Malaysia.

Gordon Brown letak jawatan, David Cameron bakal Perdana Menteri baru Britain
LONDON: Gordon Brown mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain sebentar tadi dan tempatnya bakal digantikan pemimpin Parti Konservatif, David Cameron, sekali gus menamatkan pentadbiran selama 13 tahun Parti Buruh di Britain.


Ini berikutan kejayaan Parti Konservatif memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya parlimen minggu lalu tetapi tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.
Parti kedua memenangi kerusi terbanyak ialah Parti Buruh, manakala ketiga Parti Liberal Demokrat.
Masing-masing Parti Konservatif dan Parti Buruh terpaksa mendapatkan kerjasama daripada Liberal Demokrat untuk bergabung bagi membentuk kerajaan yang menyaksikan kedua-duanya berbincang sehingga berlarutan selama lima hari lalu.

Akhirnya, Parti Buruh terpaksa menerima kekalahan petang semalam dan ini menyaksikan Brown terpaksa meletakkan jawatan.

"Saya sudah memaklumkan kepada Setiausaha Sulit kepada Permaisuri mengenai hasrat saya untuk menghantar surat peletakan jawatan saya kepada baginda," kata Brown kepada pemberita di luar pejabatnnya di Downing Street dengan diiringi isterinya, Sarah.

"Apabila Permaisuri menerima peletakan jawatan saya, saya akan menasihatkan baginda untuk melantik pembangkang (Cameron) menerajui kerajaan yang baru.
"Saya berharap Perdana Menteri yang baru nanti akan membuat pilihan dan pemerintahan yang terbaik untuk masa depan kita," katanya dalam nada sebak.


- Reuters

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails