Sate Ikan POKAJI TERSEDAP

Tuesday, May 11, 2010

Hancurnya Umat Kerana Rosaknya Ulama


"Ulama adalah orang yang memang dihormati sama ada oleh orang awam mahupun pemerintah ataupun penguasa. Penghormatan para alim ulama ini bukanlah pada keturunannya, bukanlah pada pangkatnya tetapi mereka dihormati kerana ilmunya. Semakin alim seseorang itu, semakin dihormati mereka itu.

Benarlah kalam Allah yang bermaksud, “ Allah mengangkat darjat orang yang berilmu itu beberapa darjat”. Dengan penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah ini, membolehkan mereka menjadi wasilah untuk mengajak masyarakat kembali kepada ajaran islam yang syumul sebagaimana yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Malang seribu kali malang, hari ini institusi ulama mula dipandang hina dalam masyarakat. Hari ini suara ulama tidak lagi dipandang tinggi, tunjuk ajar mereka tidak lagi dituruti, akhlak mereka mula dikeji. Segalanya ini bukanlah salah mereka yang mengeji, bukanlah salah orang yang tidak menuruti, namun sikap yang ditonjolkan oleh ulama itu sendiri menyebabkan segalanya ini berlaku. Lihat sahaja, ulama bersuara apabila persoalan yang akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka ditimbulkan, namun diam menyepi apabila persoalan umat ditimbulkan demi menjaga kedudukan dan kepentingan peribadi masing-masing. Mereka inilah ulama-ulama su’ yakni ulama jahat. Sabda Nabi Muhammad s.a.w, “diakhir zaman nanti lahirnya ulama su’.”
Jahatnya ulama ini tidaklah perlu dilihat apabila mereka bersuara, cukup mendapat gelaran su’ apabila mereka diam tentang sesuatu perkara demi menjaga hati pemerintah ataupun menjaga kedudukan mereka seperti mereka yang bergelar mufti. Lihat sahaja, dalam soal pembakaran lilin diperak oleh pemimpin pembangkang yang berugama islam, pantas fatwa dikeluarkan ianya haram. Lihat sahaja dalam soal penggunaan ayat al-quran oleh pemimpin pembangkang yang non-muslim, dengan pantas mufti bersuara membantahnya. Namun apabila soal pemerintah Negara yang mengambil yahudi menjadi penasihat dalam pentadbiran Negara, kebanyakkan bisu seluruh mulut ulama su’ ini bagaikan terkena sumpah. Lihat pula apabila kerajaan menimbang untuk membenarkan perjudian sempena FIFA piala dunia, diam tanpa tiada suara yang membantah oleh para mufti su’ ini.
Allah Azza Wa Jalla melarang keras kepada orang islam yang menjadikan orang-orang yahudi itu sebagai penolong ataupun sahabat mereka sebagaimana firmanNya dalam surah al-maidah pada ayat 51. Dalam ayat itu, dengan jelas Allah menegaskan bahawa, “barangsiapa yang mengambil mereka(yahudi dan nasrani) menjadi wali(pembantu), maka mereka termasuk dalam golongan mereka”. Dalam persoalan judi juga, Allah menegaskan dalam firmanNya dalam surah al-maidah pada ayat 90 bahawa judi itu adalah perbuatann keji dan ianya termasuk perbuatan syaitan. Ayat tentang judi dan mengambil orang yahudi sebagai penolong ini adalah ayat yang jelas dan bukannya ayat mutasyabihat. Oleh itu hukumnya adalah haram dan berdosa besar bagi mereka yang melakukannya. Namun, isu yang besar ini, yang melibatkan seluruh umat islam, tiada mufti yang berani bersuara, tiada hukum yang dikeluarkan, segalanya kerana mereka menjaga kedudukan dan kepentingan masing-masing. Inilah mufti ataupun ulama yang jelas dari pandangan zahir, adalah ulama su’ iaitu ulama jahat.
Sesungguhnya aku kasih pada para alim ulama walaupun aku bukan daripada kalangan mereka. Namun, aku PALING BENCI kepada alim ulama iaitu orang yang ada ilmu, tetapi ilmunya itu hanyalah untuk diri mereka sendiri lantas merosakkan umat islam seluruhnya. Mereka ada ilmu, tetapi tidak mampu untuk menegur mereka yang salah. Mereka ada ilmu, tetapi tidak berani untuk mengatakan kebenaran. Segala ilmunya itu langsung tiada manfaat, malah ilmunya itu akan melaknat tuannya hingga diazab dengan seksaan yang pedih dihari kemudian. Nabi Muhammad s.a.w mengelar orang yang berilmu iaitu ulama, tetapi tidak menyatakan kebenaran, mereka itulah sebenarnya ‘syaitan bisu’. Sesungguhnya rosaknya umat ini kerana rosaknya para ulama.
Oleh: gigipalsu

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts with Thumbnails